Ahad, 19 Februari 2012

KARNIVAL WOW! PUTRAJAYA 2012



Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar (KWPKB) sekali lagi akan menganjurkan Karnival WOW! Putrajaya 2012.

Seperti tahun sebelumnya, karnival ini akan berlangsung dari 23 Februari 2012 hingga 26 Februari 2012 di Sisiran Tasik Putrajaya.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk para pengunjung seperti:-

  • Pertunjukan bunga api
  • Belon udara panas
  • Permainan simulasi F1
  • Pameran kesenian & kebudayaan
  • Demonstrasi kereta kawalan jauh (RC)
  • Kehadiran Upin & Ipin
  • Pameran vintage car
  • Persembahan tatoo ATM
  • Ferrari Auto Show
  • Pertandingan futsal
  • Bridal showcase
  • Gerai jualan dan lain-lain...


Selain itu, Konsert WOW! Putrajaya akan berlangsung pada 25 Februari 2012. Antara artis yang menjayakan konsert tersebut adalah:-
  • Dato' M. Nasir
  • Ella
  • Ramli Sarip
  • Hazama
  • Stacy
  • Mila
  • Meet Uncle Hussein
  • dan ramai lagi...
Untuk makluman lanjut, sila layari www.ppj.gov.my dan www.facebook.com/putrajaya

p/s: mesti anak saya amirah teruja melihat belon udara panas...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...