Isnin, 28 Mac 2011

5 KESAN NEGATIF JIKA TERLALU LAMA MENONTON TV

Anak kecil sememangnya gemar menonton TV. Sejak kecil lagi mereka amat tertarik dengan TV terutamanya kartun.


Sumber: Google
Ini kerana, TV mempunyai kombinasi warna & bunyi yang menarik perhatian meraka. Sesetengan rancangan TV memberi pendidikan contohnya Mickey Mouse Clubhouse & Dora The Explorer.


Walau bagaimanapun, terdapat kesan negatif jika terlalu lama menonton TV. Antaranya:-
  1. Obesiti - Anak kecil yang menghabiskan masa lebih 2 jam sehari menonton TV berkemungkinan besar menghidapi berat badan berlebihan.
  2. Tidur yang tidak teratur - Akibat terlalu leka menonton TV, anak kecil akan berjaga sehingga larut malam.
  3. Berkelakuan negatif - Anak kecil cenderung untuk terikut-ikut aksi negatif yang dipaparkan di kaca TV.
  4. Kemerosotan akademik - Kaji selidik menunjukan bahawa anak kecil yang telalu banyak menghabiskan masa di hadapan TV cenderung untuk tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian didalam kelas.
  5. Badan cergas minda cerdas - Anak kecil yang tidak cergas akibat dari terlalu lama menonton TV mempunyai minda yang kurang aktif & kreatif.
p/s: Kalau asyik tengok TV, bila masa nak ulangkaji pelajaran...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...