Ahad, 12 Februari 2012

9 TIPS MUDAH MENGENDALIKAN UBAT ANDA

Ubat adalah sejenis dadah yang diambil untuk mengurangkan sintom penyakit ataupun mengubati penyakit itu sendiri. Ubat perlu diambil mengikut sukatan dan jangkamasa yang telah ditetapkan untuk mengoptimumkan sesuatu kesan ubat itu.

Ubat perlu dikendalikan dengan baik untuk mengelakkan dari kesan sampingan. Berikut adalah tips mudah bagaimana untuk mengendalikan ubat dengan cara yang betul dan selamat:-
  1. Setiap ubat yang diambil perlulah diketahui nama/bahan yang terkandung di dalamnya.
  2. Selain itu, setiap ubat yang diambil perlulah diketahui tujuan dan kegunaannya.
  3. Cara pengambilan ubat itu juga perlulah diketahui terlebih dahulu sebelum sesuatu ubat itu diambil.
  4. Berapa lama sesuatu ubat itu perlu diambil juga adalah salah satu fakta yang perlu diketahui.
  5. Sesuatu ubat yang diambil dengan preskipsi doktor adalah untuk penama sahaja. Ubat tersebut tidak boleh dikongsi dengan orang lain.
  6. Disamping itu, cara penyimpanan ubat tersebut perlulah diketahui untuk mengelakkan ubat tersebut dari rosak sebelum tempoh luputnya.
  7. Selain itu, tempoh luput setiap ubat perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum diambil untuk mengelakkan dari keracunan ubat.
  8. Ubat yang diambil perlulah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mempunyai nombor pendaftaran dan hologram Meditag yang tulen.
  9. Akhir sekali, dapatkan rawatan lanjut dari doktor jika ubat yang diambil tidak berkesan ataupun mempunyai kesan sampingan. 

p/s: ini adalah untuk makluman sahaja, sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda..

3 ulasan:

  1. terima kasih atas tips ni.. biasanya ubat yang lebih 3 bulan yg terbuka penutupnya,sy x pakai dah.. terutamanya ubat demam anak... :)

    BalasPadam
  2. Betul tu... Kesihatan anak perlulah diutamakan berbanding wang ringgit...

    BalasPadam
  3. yups
    saya pun tak berani nak makan ubat kalau yang jenis stok lama - lama tu..
    takut nanti jadi keracunan ubat


    P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 dengan Klik Semua Share Button(Facebook, Twitter, Google + dan LinkedIn) dan Komen di entri(link dibawah) LEBIH Dari 7 Perkataan :-)

    http://denaihati.com/ipad-2-gadget-impian-hans

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...