Ahad, 26 Februari 2012

FIESTA BELON UDARA PANAS ANTARABANGSA PUTRAJAYA 2012


Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya edisi ke-4 kembali lagi dengan menampilkan 25 belon udara panas dari 12 buah negara. 


Antara negara yang menyertai fiesta belon udara panas pada tahun ini termasuklah negara kita sendiri, Malaysia selain daripada negara Amerika Syarikat, Belgium, Poland, Belanda, Perancis, Thailand dan banyak lagi...

Tema fiesta belon udara panas tahun ini adalah 1Dunia, 1Malaysia, 1Fiesta. Fiesta belon udara panas ini akan berlangsung:-

Tarikh         : 15 Mac 2012 - 18 Mac 2012
Masa          : 7 pagi - 9 malam
Tempat       : Monumen Alaf baru, Precinct 2, Putrajaya

Terdapat pelbagai warna, bentuk dan figura belon udara panas yang akan mengambil bahagian seperti Darth Vader iaitu salah satu watak dari filem Star Wars.


Pada edisi sebelum ini, terdapat juga figura yang mencuit hati saya seperti Doraemon, Filex The Cat, seluar jeans, badut dan lain-lain...





Dianggarkan 250,000 orang pengunjung telah menghadiri fiesta belon panas pada edisi yang lepas.

p/s: tahun ni figura apa yang mencuit hati saya yerr......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...