Khamis, 8 Mac 2012

PELARASAN 13 PERATUS: SBPA DIMANSUHKAN

Pagi ini ramai penjawat awam yang tersenyum lebar apabila mendengar pengumaman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya. 




Beliau  mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untukpenjawat awam kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.


Dengan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini, pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM).




Berikut adalah pelarasan gaji mengikut gred yang ditetapkan:-

  • Kenaikan 13 peratus - Gred 1 - 54
  • Kenaikan 9 peratus -  JUSA A, B dan C
  • Kenaikan 8 peratus - Turus 2 dan 3
  • Kenaikan 7 peratus - Turus 1 dan Ketua Setiausaha
p/s: kedai mamak dah naikkan harga makanan & minuman sebelum ni lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...