Rabu, 7 Mac 2012

iPAD 3: REALITI ATAU SEBALIKNYA?


Pelancaran iPad 3 telah dijadualkan pada 7 Mac 2012 iaitu malam ni. Pelbagai khabar angin telah disebarkan sebelum majlis pelancaran tersebut.

Antara khabar angin yang tersebar sebelum ini adalah ciri-ciri yang terdapat pada iPad 3. iPad 3  didakwa lebih tebal. Ini kerana untuk menampung ciri-ciri yang baru diperkenalkan termasuk paparan retina resolusi tinggi, kamera yang telah dipertingkatkan dan juga teknologi LTE 4G.



Khabar angin juga mendakwa bahawa iPad 3 akan dilengkapi oleh cip pemprosesan quad-core A6 yang lebih berkuasa. Ini bagi menggantikan cip pemprosesan dual-core A5 yang digunakan sebelum ini.



Selain itu, Apple juga didakwa akan mengeluarkan 2 model iPad 3 iaitu vesi 16GB ada versi 32 GB. Terdapat juga khabar angin mendakwa Apple juga akan melancarkan iPad 2 versi 8GB.

p/s: sama-samalah kita tunggu majlis pelancaran iPad 3 tersebut...


R385S364EFM8

ipad 3 ipad apple ipad 3 apple
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...