Di zaman yang kian berubah ini, ada di antara kita yang masih lagi tercari-cari cara atau alternatif yang mudah untuk menambah pendapatan sendiri mahu pun keluarga. Dilema ini juga menimpa diri saya sendiri. Salah satu cara mudah untuk memperbaiki ekonomi diri dan keluarga adalah dengan berniaga.
Tetapi timpul pula persoalan berikut:-
- Apakah produk yang boleh saya jual?
- Di manakah saya ingin mendapatkan produk tersebut dengan harga yang murah?
Persoalan yang berikut selalu bermain-main di dalam fikiran kita semua. Untuk jawapan kepada persoalan yang pertama ialah semua produk mestilah sesuai untuk dijual selagi ianya tidak menyalahi undang-undang.
Bagaimana pula dengan persoalan yang kedua? Berikut adalah tips mudah mendapatkan produk untuk dijual:-
- Barang lelongan yang terdapat di dalam portal lelongan seperti lelong.my dan eBay.com.my. Portal-portal berikut menawarkan produk dengan harga yang sangat murah.
- Selain itu, barang lelongan oleh pihak ketiga seperti polis, kastam, agensi kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta. Kebiasaannya produk yang dilelong dijual dengan harga yang murah. Oleh itu, kita dapat menjual semula dengan harga yang lebih tinggi.
- Kadang kala, terdapat juga pekilang yang mengadakan jualan penghabisan stok pada setiap tahun. Ini adalah peluang yang harus direbut untuk mendapatkan sesuatu produk dengan harga yang rendah.
- Di samping itu, pasar-pasar malam, jualan but kereta dan sebagainya juga menawarkan harga yang murah untuk sesuatu produk.
- Kita juga boleh berurusniaga secara terus dengan pekilang ataupun pembekal tempatan untuk mendapatkan harga borong dengan mengenepikan kos orang tengah.
- Cara yang paling mudah tanpa mengeluarkan sebarang modal ialah dengan menjual barangan terpakai milik diri kita sendiri, contohnya, majalah, barang permainan, telefon bimbit dan lain-lain lagi. Barang-barang tersebut boleh dijadikan produk jualan. Walaupun kita tidak memerlukannya lagi, mungkin masih ada lagi insan yang memerlukan produk tersebut.
Tips di atas amat mudah untuk dipraktikkan. Luangkan sedikit masa untuk mempraktikkan tips yang diterangkan di atas.
p/s: di mana ada kemahuan, di situ ada lubok emas...
EZRVB4Y5UW3X
EZRVB4Y5UW3X