Isnin, 9 Mei 2011

TIPS PENTING PENJAGAAN KESIHATAN SEMASA CUACA PANAS



Orang ramai dinasihatkan supaya menjaga kesihatan diri dan keluarga ekoran dari cuaca panas yang melanda negara ini.


Ini susulan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Mateorologi Malaysia, Saw Bun Liong. Beliau menyatakan bahawa cuaca panas yang melanda ketika ini bersifat sementara. Ini disebabkan oleh Ribut Tropika Aere yang dikesan di Utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke Malaysia.



Kesan dari cuaca panas:-
  1. Sakit kepala
  2. Keletihan
  3. Kurang daya tumpuan
  4. Pening
  5. Lemah otot-otot badan
  6. Kekejangan
  7. Mual
  8. Muntah
  9. Strok panas
  10. Krosakan organ badan


Tips penjagaan kesihatan semasa cuaca panas:-
  1. Minum air dengan banyak
  2. Minum air jenis isotonik
  3. Sentiasa berada di tempat teduh atau di dalam bangunan
  4. Mengurangkan aktiviti luar
  5. Berehat dengan lebih kerap
  6. Sentiasa mandi untuk menyejukkan badan
  7. Menggunakan kipas atau alat penghawa dingin
  8. Mengenakan pakaian berwarna terang dan longgar
  9. Menggunakan payung/topi semasa keluar dari bangunan
  10. Mengurangkan minuman berkafein, beralkohol ataupun bergula
  11. Jangan membiarkan kanak-kanak di dalam kereta yang tertuput
p/s: Sayangi bumi kita seperti kita menyayangi diri dan keluarga kita. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri, keluarga dan juga bumi kita.

Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Itu sangat membantu!Sebenarnya meminum banyak air adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan haba dalam badan dan dehidrasi kami.
My recent post יום העצמאות

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...