Semasa saya memandu kereta ke tempat kerja pagi tadi, kelihatan jerebu di sekitar kawasa KLIA. Fikiran saya mula mengimbau kembali dikala negara kita pernah dilanda jerebu yang teruk pada tahun 2007.
Jerebu adalah zarah-zarah kecil seperti asap dan debu yang terkumpul dan terapung di atmosfera. Jerebu akan menyebabkan jarak penglihatan menurun.
Jerebu berpunca dari aktiviti harian seperti pembakaran terbuka, asap dari aktiviti perindustrian dan asap dari kenderaan bermotor.
Jerebu boleh diukur menggunakan indek pencemaran udara (IPU). Pengelasan kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:-
Nilai IPU Kualiti Udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat Berbahaya
Lebih 500 Darurat
- Sakit tekak
- Batuk
- Lelah dan asma
- Masalah pernafasan
- Mata merah dan berair
- Gatal-gatal
- Kurangkan aktiviti luar
- Pakai topeng apabila keluar
- Mencuci pakaian yang telah terdedah kepada jerebu
- Selalu minum air
- Dapatkan nasihat doktor jika terdapat simtom-simtom di atas
p/s: Musim jerebu ni, kurangkan aktiviti merokok. Janganlah kita menambah lagi jerebu yang sedia ada.
Minum air itu yang penting :]
BalasPadamMohon share dengan pengguna www.bieshoppe.com.my TQ admin
BalasPadam