Isnin, 14 Mei 2012

FESTIVAL AISKRIM MALAYSIA

Semasa memandu petang tadi sambil mendengar radio Bernama 24, tajuk yang diperkatakan adalah berkenaan aiskrim malaysia. Siapa yang tahu macam mana rupa airkrim malaysia?

Gambar Hiasan: Aiskrim Malaysia

Inilah rupa aiskrim malaysia. Terdapat pelbagai perisa dan warna seperti, milo, sirap bandung, kacang hijau, jagung, oren dan asam boi.

Selain itu, Radio Barnama 24 juga menyumumkan bahawa satu festival aiskrim malaysia juga akan dianjurkan oleh Colgate-Palmolive tidak lama lagi. Berikut adalah butiran acara tersebut:-

Tarikh : 16 - 20 May 2012
Tempat : 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama
Penganjur : Colgate-Palmolive



Festival tersebut terbuka kepada semua pengunjung. Pihak penganjur juga memberi peluang kepada semua untuk mencuba dan merasa serta mengundi perisa yang paling digemari.

p/s: dengan adanya festival sebegini, sekurang-kurangnya generasi muda sekarang kenal akan aiskrim tempatan yang diberi nama aiskrim malaysia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...