Khamis, 29 Mac 2012

PRU 13: DAFTAR SEBELUM AHAD INI!

sumber: SPR


Jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun 2012, tarikh akhir rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) adalah pada 31 Mac 2012 ini.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei 2012 ini. Walaubagaimanapun, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST).


sumber: fitrihadi.com


Menurur beliau lagi, sehingga DPT ST 4/2011 yang berakhir pada 31 Disember 2011, jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara ialah 12,595,268 orang manakala 3,088,540 orang atau 19.7 peratus masih tidak berdaftar sebagai pengundi.

Permohonan baru atau pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri.



pru 13 spr pru13 suruhanjaya pilihan raya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...