Khamis, 15 Mac 2012

28 MAC: TARIKH KERAMAT LIYANA JASMAY



Pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia edisi ke-22 (FFM22), Liyana Jasmay didakwa akan bertunang pada 28 Mac 2012 ini bersamaan dengan tarikh lahirnya yang ke-24.


Liyana Jasmay dan bakal tunangnya, Fathuddin Mazlan didakwa sudah lama berkenalan memandangkan mereka tinggal berjiran tetapi mula rapat dalam 2-3 bulan lepas. Mungkin ini yang dinamakan jodoh.


Majlis pertunangan tersebut didakwa akan dilangsungkan di rumah keluarga Liyana Jasmay. Liyana Jasmay juga dikhabarkan bakal menyarungkan gaun moden rona putih gading berharga RM 10,000.00.


Gaun moden berkonsepkan puteri diraja Inggeris tersebut telah direka khas oleh pereka terkemuka, Rizman Ruzaini.


p/s: selamat bertunang liyana jasmay...


tarikh pertunangan liyana jasmay tarikh tunang liyana jasmay tunang liyana jasmay liyana jasmay liyana jasmay bertunang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...