Jumaat, 8 April 2011

5 CARA MENGENALPASTI TELUR AYAM TIRUAN

Baru-baru ni, terdapat laporan dan aduan dari pengguna tentang telur ayam tiruan yang berada di dalam pasaran tempatan.


Adakah anda sedar akan kewujudan telur ayam tiruan ni? Apakah riaksi dan tindakan anda? Bagaimana pula anda nak mengenalpasti telur ayam yang anda beli itu tiruan atau tidak?


Berikut adalah beberapa ciri-ciri telur ayam tiruan berbanding telur ayam biasa:-

  1. Kulit telur ayam tiruan lebih cerah, licin dan berkilat.
  2. Apabila telur ayam tiruan ini dipecahkan, tidak kelihatan pusat telur kerana putih dan kuning telur ayam tiruan ini akan segera bercampur aduk.
  3. Terdapat bunyi kocakan air yang ketara apabila telur ayam tiruan ini digoncang.
  4. Telur ayam tiruan juga akan mengembang apabila ianya digoreng.
  5. Saiz telur ayam tiruan ini juga lebih besar dari biasa.


coretan@blog: nak makan telur pun nak kena berhati-hati. apa dah jadi dunia sekarang ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...